Warga Emas Bukan "Pesakit Biasa"
Ramai orang ingat katil hospital untuk warga emas sama je dengan katil untuk pesakit muda. Tak betul. Warga emas ada keperluan yang unik — kulit mereka lebih nipis dan sensitif, tulang lebih rapuh, dan risiko jatuh jauh lebih tinggi.
Memilih katil yang salah bukan sekadar menyebabkan ketidakselesaan — ia boleh menyebabkan kecederaan serius. Jadi ambil masa dan baca panduan ni sebelum buat keputusan.
Faktor #1: Keselamatan Adalah Keutamaan
Untuk warga emas, keselamatan datang sebelum segala-galanya. Ini yang perlu anda pastikan:
Side Rails (Pagar Tepi)
- WAJIB ada pagar tepi yang boleh naik dan turun
- Pastikan pagar cukup tinggi untuk mencegah jatuh, tapi mudah diturunkan oleh penjaga
- Elakkan pagar dengan jarak antara palang yang terlalu lebar — jari atau tangan warga emas boleh tersangkut
Ketinggian Katil
- Katil perlu boleh diturunkan ke paras rendah supaya warga emas yang masih mobile boleh naik/turun dengan selamat
- Idealnya, bila duduk di tepi katil, kaki mereka boleh menjejak lantai
- Sebab itu katil 3 fungsi atau elektrik lebih sesuai dari katil 2 fungsi untuk warga emas
Brek Roda
- Pastikan semua 4 roda ada brek dan brek berfungsi dengan baik
- Warga emas yang nak turun dari katil — kalau katil bergerak, boleh jatuh
- SELALU kunci brek bila katil dalam kegunaan
Faktor #2: Keselesaan Jangka Panjang
Warga emas mungkin akan guna katil ni selama bertahun-tahun, bukan berminggu-minggu. Jadi keselesaan jangka panjang sangat penting:
- Tilam: Jangan pilih tilam yang terlalu keras atau terlalu lembut. Tilam hospital-grade dengan ketebalan 8-10cm adalah ideal. Kalau warga emas banyak masa di katil, consider tilam anti-decubitus
- Permukaan katil: Katil yang bagus ada mesh (jejaring) di bawah tilam untuk pengudaraan. Ini mencegah tilam jadi lembap dan bau
- Bunyi: Katil manual yang berkualiti rendah boleh jadi squeaky bila adjust. Ini ganggu tidur. Pilih katil dengan mekanisme yang smooth dan senyap
Faktor #3: Kemudahan Penggunaan
Warga emas yang masih independen mahu boleh adjust katil sendiri tanpa minta tolong. Ini soal maruah dan berdikari:
- Katil elektrik memang paling mudah — tekan remote je. Sesuai untuk warga emas yang masih aktif secara mental tapi lemah secara fizikal
- Remote control katil elektrik patut ada butang besar yang mudah nampak dan tekan
- Katil manual perlukan orang lain untuk pusing engkol. Warga emas biasanya tak boleh buat sendiri
Faktor #4: Ruang Bilik
Sebelum order, ukur bilik dulu. Katil hospital standard biasanya 200cm x 90cm (panjang x lebar). Tapi anda perlukan ruang tambahan:
- Ruang di tepi katil untuk penjaga berdiri (sekurang-kurangnya 60cm setiap sisi)
- Ruang untuk kerusi roda di kaki katil
- Ruang untuk overbed table, IV stand, atau walker
- Pastikan pintu bilik cukup lebar untuk katil masuk
Rekomendasi Kami Untuk Warga Emas
- Warga emas masih aktif tapi risiko jatuh: Katil 3 Fungsi (RM219/bulan) — boleh rendahkan katil bila nak turun, naikkan untuk penjaga kerja
- Warga emas separuh terlantar: Katil 3 Fungsi + Tilam Ripple — best combination untuk keselesaan dan keselamatan
- Warga emas terlantar sepenuhnya: Katil Elektrik (RM599/bulan) + Tilam Ripple — remote control memudahkan semua pihak
Jemput Datang Test di Showroom
Kami selalu recommend keluarga datang ke showroom untuk test katil. Bawa warga emas sekali kalau boleh — biar mereka rasa sendiri. Kami ada 5 showroom: KL, Melaka, Penang, Johor, dan Langkawi.
Kalau tak boleh datang, WhatsApp kami gambar bilik dan ceritakan keadaan warga emas. Kami akan recommend yang paling sesuai.
WhatsApp Ibnu Sina Care: +601-4686-9468
